Tuesday, January 27, 2015

Apakah Unit Trust?

Unit trust atau unit amanah saham merupakan satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan wang untuk di labur oleh pengurus dana profesional dalam satu portfolio sekuriti.

Apakah Unit Amanah Patuh Syariah?
Unit Amanah patuh Syariah merupakan satu bentuk pelaburan kolektif patuh Syariah yang memberikan para pelabur peluang melabur dalam sebuah portfolio pelbagai instrumen pasaran modal Islam. Unit trust ini diuruskan oleh pengurus dana professional mengikut kehendak Syariah.

Bagaimana Untuk Melabur?

Terdapat 3 cara untuk melabur:

1. Pelaburan Dengan Amaun Yang Banyak (lumpsum)
- Mulakan pelaburan dari serendah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum sebanyak RM100 sahaja.

2. Arahan Debit Terus (DDI)
- Manfaatkan prinsip RCA (Pemurataan Kos Ringgit) dengan membuat DDI. Dengan cara begini anda dapat menyimpan sambil melabur secara konsisten.
Anda boleh memulakan pelaburan dari serendah RM100 shj. melalui DDI*

3. Skim Pelaburan Ahli KWSP
- Melabur dalam dana unit amanah yang layak di baeah KWSP melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.
- Pelaburan akan dibuat terus daripada Akaun 1 KWSP anda.

* Tertakluk kepada terma dan syarat

# Anda dinasihatkan untuk berunding dengan perancangan kewangan yang bertauliah dan berlesen sebelum membuat keputusan untuk melabur.

|Selamat Melabur Untuk Keselesaan Hari Tua Anda|

SMS @ Whatsapp 013-9242017 for FREE Consultations

No comments:

Post a Comment