Sebagai contoh, dengan memindahkan RM100 hingga RM1000 atau lebih daripada gaji anda kedalam tabung simpanan amanah anda. Jumlah dan kekerapan pelaburan anda bergantung pada sumber kewangan dan matlamat masa depan anda.
Bagaimana Pemurataan Kos Ringgit Berfungsi
Untuk menjelaskan pemurataan kos ringgit secara mudah, katakan anda mahu menyimpan RM12,000 setiap tahun (sekali gus @ lumpsum) untuk tabung persaraan anda. Daripada melaburkan jumlah ini sekali gus dan menanggung risiko memasuki pasaran ketika harganya melambung, anda mengambil keputusan untuk melaburkan sebanyak RM1,000 secara setiap bulan
Melabur akan menjadi begitu mudah sekiranya kita boleh meramalkan bilakah masa terbaik untuk membeli atau menjual. Walau bagaimanapun, meramalkan masa yang sesuai untuk melabur dalam pasaran adalah mustahil dan ramai yang telah mengalami kerugian besar kerana mencubanya dan gagal.
Salah satu cara untuk menghadapi risiko naik turun pasaran saham yang sentiasa berlaku ini ialah dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit. Kaedah ini memastikan kita mendapat faedah daripada pulangan yang mantap yang ditunjukkan dalam jangka panjang.
Walau berapa pun jumlah wang yang dilaburkan, pemurataan kos ringgit adalah strategi jangka panjang. Meskipun pasaran kewangan cenderung untuk turun naik, namun ia selalunya bergerak dalam arah yang sama dalam tempoh masa yang agak panjang. Pasaran turun dan pasaran naik boleh berlanjutan selama berbulan-bulan, bahkan adakalanya bertahun-tahun. Disebabkan arah aliran ini, pemurataan kos ringgit tidak akan cukup berkesan jika digunakan untuk jangka pendek sahaja.
Sebagai contohnya, pelabur mungkin memilih untuk membuat 10 pembelian dana unit amanah dalam sebulan. Walaupun kemungkinan besar harga belian unit tidak akan sama bagi setiap urus niaga dalam tempoh masa yang pendek itu, namun perbezaannya tidaklah besar. Namun begitu, dalam tempoh kitaran pasaran yang lebih panjang, anda mungkin akan menempuh pasaran naik dan pasaran turun, dengan harga sekuriti tertentu mengalami perubahan yang besar. Pemurataan kos ringgit akan menolong memastikan kos purata seunit anda mewakili kedua-dua premium pasaran naik dan diskaun pasaran turun, berbanding dengan hanya premium yang biasanya dibayar oleh pelabur dalam pasaran naik
Keputusan
Kos Purata Seunit - RM0.1923
Harga Unit pada Disember - RM0.2510
Nilai Pelaburan pada Disember - RM15,664.48
Dalam contoh ini, dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit, kos purata seunit yang dilaburkan hanyalah RM0.1923, dan bukannya RM0.2549 jika pelabur melaburkan jumlah sekali gus pada bulan Januari.
Ini merupakan Strategi Pelaburan Jangka Panjang.
“Mereka yang menyertai program pelaburan akan mempunyai lebih banyak wang apabila mereka bersara daripada mereka yang tidak menyertainya langsung.” - Penulis kewangan Australia, Noel Whittaker.
Banyak dana unit amanah membenarkan anda mula melabur dalam jumlah minimum dengan pilihan untuk membuat caruman lagi melalui potongan tetap daripada gaji atau akaun bank anda.
PETUA untuk menolong anda menjadikan strategi ini bermanfaat kepada anda:
- Bermula secepat mungkin. Semakin lama anda perlu mengharungi turun naik pasaran, semakin banyak peluang yang anda ada untuk membina akaun yang besar.
- Terus menggunakannya. Pemurataan kos ringgit adalah strategi jangka panjang. Pastikan anda mempunyai sumber kewangan dan disiplin untuk melabur secara berterusan dalam segala jenis pasaran, tanpa menghiraukan turun naik harga.
- Ambil kesempatan ke atas potongan automatik. Caruman pelaburan secara potongan gaji atau potongan akaun bank anda merupakan kaedah yang mudah dan senang untuk melabur, dan boleh menolong anda menanamkan tabiat melabur secara tetap.
- Bersedia menghadapi kerugian. Pemurataan kos ringgit tidak menjamin bahawa portfolio anda sentiasa untung sahaja dan tiada kerugian. Walaupun anda membayar kos purata yang lebih rendah daripada harga purata unit, anda masih boleh mengalami kerugian jika anda memilih masa yang tidak sesuai untuk keluar dari pasaran, terutamanya ketika harga rendah.
Keputusan besar yang mesti dibuat ialah sama ada anda sanggup melepaskan kepuasan serta-merta untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda. Jika anda sanggup, maka pemurataan kos ringgit boleh menjadi cara yang sangat berkesan untuk menolong anda mencapai matlamat anda itu.
# Anda dinasihatkan untuk berunding dengan perancangan kewangan yang bertauliah dan berlesen sebelum membuat keputusan untuk melabur.
|Selamat Melabur Untuk Keselesaan Hari Tua Anda|
SMS @ Whatsapp 013-9242017 for FREE Consultations
No comments:
Post a Comment